1)Para pembuli sekalian
Ingatlah hadis ini
'Daripada Aisyah r.ha., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Janganlah kita bermusuh-musuhan dan berdendam kerana sesungguhnya ia akan merosakkan silaturrahim.Macam manalah nak aman kalau terus bergaduh.
2)Kepada para pelajar
Janganlah nak bercinta masa kat sekolah.Cinta monyet je tu.Belajar laaagi penting.Ingalah hadis ini
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud "
'Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat.Kebaikan dalam agama kamu ialah warak'
(Riwayat al-Hakim)
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasul SAW telah bersabda :
'Menuntut ilmu wajib kepada setiap Muslim'
Daripada Abu Dzar r.a berkata :
'Sesungguhnya orang yang keluar pada waktu pagi untuk mempelajari sesuatu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada orang yang menunaikan solat sunat seratus rakaat'
Oleh itu,kita sewajibnya menuntut ilmu kerana ilmu ialah perisai dari kejahilan. Ilmu tu mestilah baik.Janganlah pula ilmu yang tak baik seperti ilmu sihir.No misunderstanding,ok?
Lagi satu,sebelum fikir nak ber'couple', baik anda jwab soalan ni
Anda yakin cinta tu berkekalan (bagi pelajar sekolah menengah terutamanya) ?
Apa perasaan anda nanti kalo pasangan anda berubah hati nak ber'couple' dengan orang lain?
Adakah anda mempunyai pegangan agama yang kuat (nak elak dari buat maksiat)?
Adakah anda mampu tunaikan tangungjawab anda sebagai seorang anak yang taat pada ibu bapa dan sebagai seorang pelajar?
Sebenarnya ada banyak lagi saya nak type tp setakat ni je lah.Saya ni hanyalah manusia biasa.Kalo ada tersilap cakap maafkan saya. Mama dan abah pula, please take care of me. Akak agak risau kalo akak sendiri 'terkena'. =b