Wednesday, March 16, 2011

Pengajaran

Assalamualaikum Khalilah,

Huu huu.Sedih lah saya..tadi saya ada baca blog kawan (one of my close friends) yang g ke INTEK.Kesian dia.Hidup kat asrama memang payah.Itu sudah sedia maklum.Dia kata x de kawan kat sana walaupun dah 2 minggu berlalu.Isk isk..ANIS (or also known al 'Along'..)!!

Apapun, sekarang ni lebih baik saya type pasal hadis2 yang berguna untuk dijadikan pengajaran.

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Tiga tanda orang munafik; apabila bercakap dia berbohong,apabila berjanji dia memungkirinya,apabila dia diberi amanah dia mengkhianatinya.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Aisyah r.ha,Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan,kepayahan,sebarang jenis kasakitan,dan kesedihan malahan kesukacitaan,melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Orang yang bermesyuarat adalah amanah.'
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

-Maksud : Peserta yang menghadiri sesuatu mesyuarat itu memegang tanggungjawab dan amanah,sebelum,semasa dan selepas perbincangan.Sebelum; amanah untuk menghadiri.Semasa; amanah untuk menyampaikan.Selepas,amanah untuk melakukan.

Daripada Uthman bin Affan r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.'
(Riwayat al-Bukhari)


Daripada Abu Hurairah r.a,, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
''Bukanlah orang gagah itu,orang yang kuat bertinju.Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.'
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takbur.'
(Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah terhadap kemewahan dan kesenangan) ; sekiranya diberikan kepadanya ia meredai,sekiranya tidak diberikan ia tidak meredai.'
(Riwayat al-Bukhari)

-Jalan selamat ialah dengan meletakkan niat,tujuan segala perbuatan dan perlakuan kepada keredaan Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Janganlah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu.'
(Riwayat Ibn Majah)

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
'Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka;mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam mengawal jalan Allah.'
(Riwayat al-Tarmizi)