Thursday, March 17, 2011

PANTUN TENTANG KELUARGAKU


Pelajar2 nak ke menara,
Berjalan berjam-jam sehingga berpeluh,
Pantun ini ciptaan saya,
Kalau tersilap biarkanlah.


Pemuda itu bantu nenek,
Orang lain hanya tersenyum,
Mama saya tegas tetapi baik,
Nampak habuk terus vakum.


Kawan dia rasa sakit hati,
Dia sedih kerana ditampar,
Abah saya seorang yang memahami,
Habis kerja terus tidur.


Epal,nangka,papaya dan oren,
Gelojohnya dia makan tanpa sedar,
Adik saya suka bermain,
Tetapi dia disekat kerana UPSR.


Dia ialah ratu catur,
Selalu menang tak pernah kalah,
Sebenarnya saya seorang amatur,
Kalau tersilap biarkanlah.


Manusia ada sedikit masa,
Mereka selalu minum dan makan,
Kalau ada yang terasa,
Minta maaf 'akak' ucapkan.