KESALAHAN FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama -salah satu frasa utama yang menjadi unsur tatabahasa bahasa Melayu.
-Cth :di dewan,pada hari raya (di,pada)
Kita masih dapat mendengar orang berkata atau menulis bentuk frasa oleh kerana dalam berbahasa.Bentuk tersebut dianggap tidak baku kerana kesalahan binaan frasa sendi nama tersebut.Oleh ialah kata sendi.Kerana pula ialah kata hubung.Kata sendi oleh harus diikuti oleh kata nama sebab untuk membentuk frasa sendi nama oleh sebab.
KESALAHAN
1)Adik suka buah durian.
2)Kanak-kanak itu takut hantu.
3)Ayah sudah pergi masjid.
4)Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai.
5)Pasukan bola sepak Malaysia bertemu pasukan bola sepak Jepun.
PEMBETULAN
1)Adik suka akan buah durian.
2)Kanak-kanak itu takut akan hantu.
3)Ayah sudah pergi ke masjid.
4)Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
5)Pasukan bola sepak Malaysia bertemu dengan pasukan bola sepak Jepun.