Wednesday, March 16, 2011

Bayi terlarang (cetak rompak)


BAYI TERLARANG
Kasihan kamu anak
lahirmu tanpa restu
wujudmu kerana nafsu
bukan berlandas kasih sayang
kelak dibunuh lalu kecundang.
Kasihan kamu anak
tidak mengerti apa-apa
ibarat kain putih punya jiwa
minta dikasihi,dibelai dan dimanja
malangnya dibuang merata-rata
kerana engkau anak terlarang.
Lihat bayi tidak cukup bulan
digigit anjing di tapak pelupusan
disumbat ke tandas amat ngeri
nyawamu menjadi galang ganti
kemanusiaan punah suatu realiti.
Kasihan kamu anak
lahirmu bagai sumpahan
ajalmu mudah tetapi kejam
hanya kerana anak terlarang
tempatmu kelak di syurga sayang
Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.
PUISI SISWA
DEWAN SISWA