Sunday, June 29, 2008

Minggu 4,bulan 6,2008

Minggu ni,saya gelarkannya MINGGU KAWAD.Ini kerana perkara yang berlaku ni semuanya pasal kawad.Antara perkara yang berlaku,yang paling suka ialah part kene salotep.Hee..Hee.Masa tu,sesiapa yang gelak atau senyum atau tersengih,dia kene ngan mulutnya.Perkara ni memang betul2 berlaku.Saya cuba tahan ketawa sedaya upaya saya.Mana tak nya,rasa kelakar apabila tengok diorang kene salotep.Terutama sekali apabila buat pengiraan masa kawad.Bunyi macam tak ada suara lansung plak.HA..HA.Nak tergelak jer apabila ingatkan balik.
Satu lagi perkara pasal kerenah kak nisah ngan kak farah.Kawad memang kene serious tapi sekali sekala apa salahnya kalo buat lawak sikit.Ok,bebalik pasal kakak2 tu,diorang sempat buat gaya.GAYA ORANG MODAL dan GAYA ORANG GANGSTER.Gelak sakan kami(ahli kawad puteri islam) dibuatnya.
Hah,bukan sahaja kenangan manis jer yang ada,kenangan pahit pun ada.Antaranya ialah kene marah selalu.Setiap kali kami berlatih,pasti ada kesalahan.Aduyai...jenuh kami semua sehinngalah kak nisah menangis.Setakat tu,kami dimarah teruk.Kat luar..muka saya blur jer tapi kalo kat dalam..macam nak nangis.
ADA LAGI!!!!masa kami sedang berlatih,ada kemalangan yang berlaku.Kemalangan tu berlaku antara van sekolah ngan lori.Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya tapi saya berasa syukur kerana tak ramai yang cedera.Alhamdulillah.....
TUNGGU!!!!ADA LAGI!!!!Yang ni pasal hari pertandingan kawad antara persatuan lain.Malang kepada kami..puteri islam...kami semua kalah.Pemenang nya IALAH KRS.Tapi syukur...kami tak dimarah oleh kak nisah kalo tidak..tak tahulahn apa yang akan terjadi.Sempat jugak kami tangkap gambar sambil buat macam2 pose(saya duduk sambil senyum jer).
Dah lah.Setakat sini ajalah.Sebenarnya ada lagi perkara yang berlaju tapi saya tak cerita.Perkara yang lain ialah bola terkena kat.......huruf D saya.