Monday, June 2, 2008

BALIK KAMPUNG!!!!

Hmm...dah 3 hari saye tak tulis dalam blog ni.Yalahkan,pergi balik kampung.Ada kenduri pertunangan(betul ke sayetulis nih) kak zana, sepupu saya.Macam2 perkara yang telah berlaku. Happy berkumpul ramai2. Azri pun gembira dapat jumpa Ami, Bana dan main PS2. Satu tragedi lucu masa aku, Fatin dan Atirah basuh pinggan. Atirah hampir terjatuh ketika asyik membasuh pinggan. Puncanya kerana sambil basuh pinggan sambil bermain air. Slow motion jer Atirah jatuh..Acik, tok, mak lang gelak sakan. Mula2 saye rasa takut gak tetapi tergelak selepas tu. Tok janji akan bagi upah RM10 sorang dan telah pun dapat masa nak balik ke rumah hari tu. Balik rumah, sunyi jer rasa. Teringat-ingat suasana kat kampung.