Assalamualaikum ya Khalilah,
Wah,pejam celik pejam celik sudah 6 bulan berlalu.Cuti sekolah 2 minggu juga sudah lepas.Alhamdulillah...sekali lagi Allah beri peluang kepada saya dan keluarga mengerjakan umrah buat kali kedua.Haji kene tunggu lain kali.Sekarang ni saya masih di bangku sekolah.Nak mengerjakan haji kene lah tunggu lebih kurang 2 tahun lagi (kalo diizinkan oleh Allah).
Banyak sungguh cabaran sebenarnya.Sebelum pergi lagi Allah dah beri ujian kepada hamba2Nya.Contoh? Hmm...sebelum bertolak d ke airport,saya bercadang nak potong rambut (hari sebelumnya x sempat nak buat).Tetapi,masalahnya...nak cari kedai gunting rambut perempuan muslim agak payah.Ke hulu ke hilir mak dan saya cari.Sampai tersesat pula tu.Aduh..mak nampak sgt bengang (dia pemandu kan). Saya pula x berani nak cakap satu patah perkataan pun (ada lah sikit). Namun,kami berjaya juga cari tempat tu.Di Sg Buloh..biarlah jauh asalkan dapat potong rambut ni.Rimas gak berambut panjang.
Hah,itu baru cabaran pertama.Ada banyak dugaan berlaku.Masa di airport,kami kene tunggu ahli jemaah haji yang lain.Sementara menunggu tu,kita mesti lah menunaikan kewajipan kita dalam Rukun Islam yang kedua,iaitu mengerjakan solat.Saya tak tahu yang kita boleh buat solat jamak apabila berniat nak bermusafir.Saya ingatkan bila dah lebih 2 marhalah baru boleh buat solat jamak.Di surau (bahagian perempuan), tempat agak sesak.X dapat nak concentrate nak solat.Tolak sana tolak sini.Ya Tuhan...saya solat Maghrib je waktu tu.Mak pula dah jamak kan solat Maghrib dan Isya'.Jadi bila waktu Isya' saya kene g sorang2 ke surau.Saya x ingat..waktu tu sesak ke x agaknya?
Di kapal terbang pula.Kami kene duduk selama lebih 12 jam setahu saya.Yalah,Malaysia dengan Tanah Arab jauh bangat!Tambahan lagi,destinasi pertama kapal terbang tu ialah di Bangkok (2/3 jam dari Malaysia). Tambah lagi 30 minit (lebih kurang) duduk di kapal terbang.X perlu keluar pun...cuma duduk...faham2 kan je lah.Walau apapun,syukur kepada Tuhan kerana ada kemudahan dlm k.terbang tu.Dapat juga saya tengok filem2 menarik sprt 'Alpha and Omega','Shrek Forever','Big Mamma' and so on.Games juga ada sprt Sudoku dan Puzzle.