Saturday, October 4, 2008

Puasa,sebelum raya dan hari raya

Khalilah,awak nak tahu tak,(mestilah dia nak tahu -.-)saya rase puasa macam sekejap jer.Kalau tahun lepas,lama.Dan lagi satu,SAYA KENE GANTI PUASA SELAMA 10 HARI.Masa puasa best lah dapat makan tapi yang kene ganti tu yang tak best.Isy,seksanya.....



Hah!Ini pula pasal hari sebelum hari raya.Mase tu saya dan keluarga saya pergi balik kampung.Semua adik-beradik mama berkumpul.Riuh-rendah jadinya.Tapi bukan itu yang saya nak ceritakan.Saya nak ceritakan pasal perkara yang berlaku pada waktu malam.Sakit telinga saya apabila dengar bunyi mercun.TEBABO sana TEBABO sini.Isy,nasib baik saya tak pekak sekarang ni.Walaupun bising,saya rasa macam seronok pula.Yalah,tak lah rasa sunyi.(Berapa kali saya tulis rasa ni).




Hah!(buat kali kedua)Mari kita beraya!Hee..hee..Semua orang sibuk nak bersiap sedia untuk beraya.Lepas tu,bergaya(perempuan sajalah,lelaki pergi masjid).Sebenarnya,yang ibu2 sahaja yang bergaya.Macam Miss Boria.(Sorry mama dan ibu2 lain).Budak perempuan pula bersopan-santun...EWAH!Perasan.